Thursday, June 16, 2016

Resepi Noxxa : Nasi Daging dan Air Asam Utara

Assalamualaikum,

Nampak mak kutu Noxxa kita update resepi nasi daging Noxxa, terus kita pun rasa nak update ahaha. Kebetulan pulak baru 2 hari lepas rasmikan Noxxa kita dengan nasi daging ni. Gara gara bersepah resepi ni kat Facebook la mak terpengaruh. 


Presentation tak lawa tapi rasanya insya Allah sedap hehe. Aku punya benchmark tak susah. Suami makan bertambah tambah takde komplen tawar ke apa tu kira lulus dah la tu :)

Actually dah lama aim Noxxa ni tapi haritu nak join kutu diorang dah penuh sampai bulan Jan tahun depan baru sampai turn aku. Ko rasa nak tunggu ? Lama sangat mak tak mampu nak. Rezeki pulak entah macam mana ada extra Noxxa ni pulak so Ann offer lah hari tu siapa nak. Tanya dengan Ann dia kabo tak bertuan lagi so teruslah aku book :) baru minggu lepas ada masa pergi collect Noxxa ni kat rumah Ann. Rezeki jugak dapat beli dengan harga lama RM790 tapi dapat extra inner pot. Thank you Ann. 

Eh panjang pulak mukadimah Noxxa dia tu.

Jom tengok resepi  ;

Nasi daging simple
Bahan bahan
Daging - direbus
Bawang merah - hiris 
Bawang putih - hiris
Halia - hiris
4 sekawan 
Susu cair
Tomato
Rempah kurma
Garam/gula secukup rasa
 
 Cara cara
1. Mula mula, rebus daging dalam Noxxa. Letak sikit halia. Aku agak agak je bahan dia, pepandai lah ye. Set High Pressure 20 minit. Tapi pakai periuk tekanan tinggi ni, safety first ok. Kena hati hati. Lepas dah habis HP 20 minit tu, make sure release dulu wap dia dengan pusingkan tombol dari pressure ke steam. Guna towel dapur yang lembap sebab panas ok ! Karang kalau wap tu terkena muka atau tangan korang, ha dahhh tak cantik :P lepas dah release wap dia baru lah buka penutup periuk ye.
2. Set aside air rebusan. Set Noxxa korang kepada Stir Fry mode. Tumiskan hirisan bawang merah, putih, halia dan 4 sekawan sampai naik bau. Dah naik bau, masukkan rempah kurma. Masak sampai pecah minyak.
3. Masukkan beras yang dah dibasuh bersih (aku guna 3 pot masa ni). Gaul sebati.
4. Masukkan susu cair, tomato yang didadu, daging rebus yang dah dihiris nipis. Sukatan ikut pot, 3 pot beras = 3 pot air + 1 pot susu cair. Kacau sebati bagi rata.
5. Offkan STIR FRY mode. Tutup periuk Noxxa. Onkan HIGH PRESSURE mode. Set ikut pot beras. So aku masak 3 pot = 3 minit. 
6. Siap !

Air Asam Utara
Blend kasar cili padi + belacan + kerisik + air asam jawa + tomato (1 biji). Agak agaklah air asam dia tu jangan cair sangat. Masukkan dalam bekas. Lepas tu hiris bawang merah + tomato. Campurkan dalam kuah air asam tadi. Seimbangkan garam gula. Erm sedapppppp !

Jelatah Timun
Aku guna barang barang yang ada kat rumah je. Timun + Carrot + Cili padi + Cili merah + Bawang besar - hiris nipis semua ni. Gaulkan dengan garam, gula dan masukkan cuka. Sejukkan dalam fridge sebelum makan.

Okay sekian resepi. Mengah taipnya haha.


7 comments:

Hayati Suhari said...

Sedap kan nasi daging! Haritu dah try buat tapi pakai periuk biasa je.
Kalau noxxa sepantas kilat lah.
Haish rasa nak buat nasi daging lah raya ni jamu kat orang.
Noxxa kat rumah mak aku tu, kalau anak anak tak balik, memang buat perhiasan je. Hahahah

Amie said...

Sedapnya nasi daging! Nak buat rasa tak larat...tumpang jamu mata di sini ye he he heee...

Dhiera nadhirah said...

wah jelly. tak da noxxa ni takut beli tak terbuat je nanti

khairul samsudin said...

Empat sekawant tu apad Deknon

Ros said...

Alhmdulillah time kasih yer..simple dan sedap semoga pahala yg diperoleh mmbuat hidupmu lebih berkat hingga ke jannah

Izzatul Azma said...

4 sekawan tu bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih

Izzatul Azma said...

Alhamdulillah terima kasih ya atas doanya dan semoga hidup Puan juga diberkati. AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...