Wednesday, April 15, 2015

Sambutan Birthday di Taska Kasih

Assalamualaikum,


Masih lagi cerita birthday Kasih =D

Dalam entry ni saya nak kongsikan pasal sambutan birthday Kasih di taska dan juga budget semua tu. Untuk golongan emak emak yang macam saya lah, harap boleh kongsi sikit idea dengan siapa yang mencari. Sebab majlis sambutan birthday Kasih di taska ni pun hasil sumbangan Cik Google juga, thanks kepada golongan emak emak yang lain yang banyak kongsi tips dan idea.


Ini emak emak punya ad-hoc plan. Umur Kasih ni dia sudah paham dan ngerti sambutan Hari Jadi. Jadi saya saja nak bagi dia seronok sambut birthday dengan kawan kawan :) nak buat sambutan kat rumah, lupa pulak nak menabung dari awal hahaha.

Plan asalnya cuma nak buat sebiji kek dan hantar ke taska. Dah buat kek, rasa tak best pulak kalau itu saja. Adik saya bagi cadangan goodie bag bagai, mula mula rasa tak cukup budget. Tapi google sana sini, akhirnya dapat solution yang happy.. Still within the budget dan Kasih is happy :)



Kek buatan sendiri. Made with love gitu. Decoration idea came from my sister. Dia suruh google gravity cake. Dalam tu kek coklat biasa je. Instant premix lagi haha. Tidaklah punya tenaga dan kerajinan nak bancuh sendiri, beli siap bancuh, bakar saja =D

Toppers sumbangan Cikna dia. Ada yang rasa scary bila letak toppers muka ni hehe tapi saya rasa comel je. Sapa rasa idea ni tak best takyahla ikut ye. Buat je toppers ikut kreativiti korang sendiri.

Budget kek ni (lebih kurang la) :-

Premix cake - RM 8
Butter - RM 4
Telur  - RM 4
Kitkat (24 packs)  - RM 20
M &M - RM 3
Cake board - RM 1
Lilin - RM 4

Total = RM 44 . Size kek ni 7inc

Sebenarnya ada lagi satu kek saya buat, tapi lupa nak ambil gambar. Tu simple je takdelah macam ni decoration dia. Masih lagi kek coklat, tapi hiasan cuma potong Snickers dan tabur. Kek tu budget dalam RM20 macam tu je la.

Total budak budak kat taska dalam 40 orang (wahhh, ramainyaaa =D)

Then itu saja saya bagi, asalnya ada la idea nak goreng bihun la, nugget la apa la lepas tu fikir secara realistik, oh nooooo saya tidak mampu buat itu semua dari segi tenaga. Dahla hari bekerja kan. Taknak torture diri, mintak cikgu dia sediakan makanan je :) Terima kasih cikgu cikgu.



Flag sumbangan Cikna juga. Cikna Kasih ni graphic designer, so ini semua memang kerja dia. Jadi serahkan je la pada dia =P


Sticker juga. Sesiapa perlukan khidmat graphic designer bolehla follow IG Cikna Kasih ya ; by_hndesign

P/S Aduhai, it tooks me 3 months to finish this entry !! Hahaha tapi tetap kena tulis sebab ini adalah kenangan.. Kenangan terindah :) love you Kasih Safiyya.. dan terima kasih untuk husband, adik adik, cikgu taska yang telah menolong saya menjayakan perkara perkara di atas ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...