Tuesday, August 20, 2013

Raya 2013

Dah masuk 13 Syawal barulah ada rasa nak taip cerita 1 Syawal kami tahun ni, hehe ^_^

Tahun ni giliran beraya di kampung saya. Woohoo~ takdelah dendang perantau sangat kan. Dah kahwin macam ni lah, kenalah bergilir gilir. Bukan setiap tahun merasa malam raya di rumah parents sendiri :p

Saya start bercuti dari Selasa sebab taska Kasih dah tutup Selasa tu. Husband pulak tak ambil cuti sebelum raya pun. Rabu pun masih kerja half day.. Pfttt. Husband balik kerja cepat cepat la bersiap nak balik Perak sebab nak berbuka dekat rumah, bulan puasa haritu sehari pun tak dapat berbuka kat rumah saya. Gerak pukul 5 petang macam tu, sempat sampai ngam ngam azan. Heheee maka masuk rumah terus duduk makan aje lah. Jalan pun smooth aje. Semua orang balik raya berperingkat kan.

Malam raya tu kami suami isteri meronda pekan Kuala Kangsar naik motor. Hehe. Jadilah, naik EX5 je pun. Nak merasa naik superbike husband yang baru tu, entah bila dia nak bawak. Helmet untuk saya pun tak ada lagi T_T. Ronda sampai pukul 1-2 pagi macam tu lah, seronok tengok orang berjual beli dah hujung hujung ni. Semua pun harga murah. Dapat jugak beli baju kurung sepasang untuk Kasih. RM 10 aje. Hehe berbaloi baloi lah sekejap sangat nak pakainya pun kan ^_^


Tak semenggah sungguh di hari raya ni. Tahap makcik dah saya ni T_T


Bulatnya awak ni Kasih hehee, Kasih je lah yang bulat ek. Mama dengan papa dia tak bulat ek ek ?


Kasih yang tak reti duduk diam dah sekarang. Aktif sungguh awak ni sayang :) First time beraya dengan anak. Tahun lepas, Kasih masih selesa duduk di dalam womb mama dia ni :)


Buah hati. Beraya dengan baju kurung rm10 dia tu hehehee. Jadilah, buat syarat ye sayang. Dah merangkak dah anak saya ni. Asyik memanjat pun ye sekarang. Risaukan dia jatuh terhantuk ajelah. Kena be extra careful selepas ni.

Potret raya yang langsung out. Haha. Ayah takde dalam gambar sebab ayah jadi tukang amik gambar :P Tengoklah Kasih meronta ronta nak turun masa ni haha.


Penutup entry,

Gambar dua beranak yang keletihan haha. Penat beraya ke ? 

Selamat hari raya semua, jaga makan ye musim raya ni. Karang elok berat turun masa bulan puasa, baru sehari dua raya dah menaik (cakap pasal diri sendiri !!) Huwaaa. 

Bai.

Wednesday, August 7, 2013

Last Day Puasa

Cepatnya masa berlalu, kan.. dah sebulan kita berpuasa, esok hari rayaaa hoyeah hoyeah ! Dah sampai kampung ke korang? Saya masih di perantauan, husband masih kerja hari ni T___T

Insya allah dalam tengah hari ni gerak balik Kuala Kangsar, I'm so excited ! Tapi beg masih belum packing, masih sedang kemas rumah. Subuh subuh ni tengah basuh baju final trip, dapur dah kemas pinggan mangkok semua tinggal nak mop aje karang.

Anyway raya tahun ni sederhana aje. Saya dengan husband cuma sorang sepasang baju baru aje. Kasih adalah dalam 4-5 pasang,  raya seadanya. Tahun ni konsep apa adanya je lah haha. Tapi puas hati tahun ni kitorg adik beradik dapat share sorang sikit belikan hadiah raya untuk mak ayah. Tak sabar nak sampai rumah jap lagi nak tengok reaksi diorang terima hadiah :)


Ohhh satu lagi perkara saya nak update.. finally after 7m5days delivered ny precious princess, I got my weight before pregnant, 58 kg ! hinzzz hinzz another 4kg to kick out to get berat ketika nikah mihmihmih. Terima kasih pada breastfeedibg journey dan juga kerja yang stress untuk penyusutan berat badan ini. Gittewwww!!

selamat hari raya uols. Have a safe journey balik kampung !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...