Wednesday, January 30, 2013

Cabaran #1 : Mandikan Kasih

Minggu ni bermulalah minggu yang agak mencabar untuk saya. Berpantang tanpa pemantauan orang tua. Yelah, emak saya kan kerja. Cuma dapat tengokkan saya di waktu malam je lah. Sebelum ni opah yang jaga saya, mandikan Kasih, bakarkan tungku semua. Jadi, semalam bermulalah cabaran pertama untuk saya ; mandikan Kasih.

Sumpah nervous uols.

Hish, takut sangat rasanya nak carry dia bawa ke bilik air lepas tu nak pegang pun tak berapa reti. Takut tergelincir terlepas anak ke apa nauzubillah. Apapun, nasib baik adik adik saya ada kat rumah. Memang diorang lah tolong saya. Nak mandikan sorang sorang, memang tak boleh agaknya. Masih kekok dan tak reti. Itupun kesian Kasih, sebab mamanya takut.. mandi main curah curah air gitu je hahah. Mandi koboi anak saya ni, shiannn dia. Tunggu Tok Mak balik dari office nanti baru mandi main sabun ye sayang :p


Budak suka mandi. Kakinya dah kuat melonjak, tu yang saya seriau sikit nak pegang bagi mandi tu. Memang kena pegang kuat.


Dah siap mandi :) tapi Kasih ni sabar je lah tebiat yang satu ni, masa mandikan saya dah suruh pee pee, tak mau dia. Elok naik, letak atas changing mat.. Tengok tengok towel dah basah. Ayoyoyooo tiap kali mandi, tiap kali nak bertukar towel ye sayang..


Sapu minyak, lotion semua. Pakai barut. Barut ni kalau nak tahu, warisan dari kitorang adik beradik dulu tau. Hehe. Emak masih simpan lagi.. Barut ni pulak ayah saya yang jahitkan. Zaman dulu semua nak berjimat kan, elok pulak ayah saya ni tangan memang pakar DIY. Reti aje ayah ni. Emak cerita kitorang zaman dulu pun pakai napkin, tak pakai pampers ni semua. Tapi saya tak dayalah nak pakaikan Kasih ni napkin / cloth diaper. Sebelum deliver hari tu ada lah jugak tanam niat nak pakaikan CD kat anak. Tapi bila Kasih dah keluar ni, rasanya tak termampu kot saya :p salutelah mommy mommy yang cekal pakaikan CD untuk anak tu.


Okay, dah siap cantik cantik. Ready nak menyusu, lepas tu tidur time :)


Monday, January 28, 2013

Kasih Safiyya

Tak sempat nak update panjang panjang jadi saya cuma nak share beberapa keping gambar terbaru Kasih kesayangan cinta hati kami ni <3 p="">

Dah makin bulat dia, dagu berlapis sudah ahahah. Sekarang dah berumur 27 hari, poo poo pun dah tak sekerap 2 minggu pertama kelahiran. Berjaga malam tu dah pasti kan. Sekurang kurangnya saya akan bangun dua kali dalam satu malam. Hujung minggu adalah paling seronok sekali sebab suami balik sini dan saya akan ambil peluang untuk berehat, hihi. Bagi peluang papa bonding dengan Kasih pulak :p

Suara Kasih pun dah makin kuat. Kalau lambat menyusu, mula la high pitch dia keluar kadang stress juga bila Kasih asyik menangis tapi saya tak tahu kenapa dia menangis. Time ni lah emak dan opah banyak tolong. Kadang sebab perut dia kembong, lapar tapi kalau lapar tu saya dah tahu signal. Masalah perut kembong je saya tak berapa reti lagi nak tangani. Sedar tak sedar dah nak dekat sebulan dah awak dilahirkan sayang :)










Love you so much Kasih. Thank you Allah.


Wednesday, January 23, 2013

Forgive & Forget ?

Orang cakap, maaf memang senang diucapkan. Tapi untuk orang memaafkan dan melupakan, it take times. Kadang kadang bertahun lamanya, luka di hati masih berbekas. Kalau setiap kali terkenang, hati terasa sakit.. Adakah itu maknanya kita sudah memaafkan ?

Saya ada banyak pengalaman kisah lampau yang menyakitkan hati berkenaan dengan perhubungan. Tak kiralah sesama kawan ataupun percintaan. Putus kawan baik, putus cinta. Saya pernah melalui itu. Sejujurnya tak ramai manusia dari zaman lalu yang saya bawak sehingga ke masa kini. Tambah lagi yang ada pengalaman pahit, lagilah saya tinggalkan jauh jauh. Awalnya, memanglah sakit hati ni bila hubungan renggang dan terputus. Ini bukan saya cakap pasal percintaan saja ye, saya cakap secara umum.. hubungan sesama manusia. Sakitnya rasa bila dari kawan baik menjadi strangers. Dari kekasih menjadi stranger. Kita manusia, biasalah. Mana nak mengaku sangat salah sendiri, masa tu kita menuding jari kat oranglah. Salahkan orang lain sebagai punca.

Tapi bila kita dah semakin matang, kita pun dah mula boleh menerima kekurangan diri, dah mula boleh mengaku kesalahan diri.. Sendiri pun sedar hubungan yang berakhir dulu bukannya salah sebelah pihak. Lagipun, ada hikmah di sebalik semua itu. Jujurnya sekarang, hati saya dah tenang. Perasaan pun kosong aje. Sikit pun takde teringat dah kisah lalu. Sikit pun takde rasa nak ambil tahu hidup mereka.

Saya dah maafkan mereka semua. Dan dah lupakan semuanya, saya dah move on. Saya juga mintak maaf pada mereka atas semua salah silap saya di masa dulu. Marilah kita move on, tak perlu lagi kita kenang kisah 5-6 tahun yang dulu. Semuanya dah saya lupakan. You have done your part, I've done mine. Sekarang, kita seri.


Wednesday, January 16, 2013

Goodbye Ace

Semalam suami bagitau saya, Ace dah ada tuan baru. Alahai, rasa sedih pulak.. Kalau tak silap, dah 8 bulan dia bersama dengan kami. Hal ni saya dan suami dah bincang lama dulu lagi.. Sebab Ace ni ada masalah keguguran bulu. Agaknya kucing yang bulu panjang ni, bulu gugur memang tak dapat nak dielakkan. So, lepas dah ada baby.. Rasanya bahaya untuk baby lah kalau bulu kucing merata ni. Saya kira saya memang dah ready untuk lepaskan Ace pada tuan yang baru. Lagipun yang jaga Ace sebenarnya ialah suami saya, bukannya saya.

Bila suami bagitau dah bagi Ace pada tuan yang baru, terus saya tanya pada dia.. Sayang ok ke.. Risau saya. Saya tau suami sayangkan Ace. Balik kerja, belai belai Ace dulu. Check makan minum, litter box dia semua. Belikan treats, belikan makanan semua tu kerja suami. Taip macam ni, saya pulak yang rasa sebak. Nak pulak tadi suami call cakap, kan best kalau balik rumah.. ada orang yang tunggu :( alaaa sayang, sabarlah.. Lebih kurang lagi 5 minggu je nak habis pantang dah.. Pejam celik pejam celik kejap je dah sampai masa tu, sabar ye..

Apapun, saya dan suami kena kuatkan hati demi Kasih. Memang kita sayang Ace, tapi dalam masa yang sama kita pun taknak ambil risiko bela kucing berdekatan dengan baby. Tapi bila dah bela dari kecik ni, time nak letgo memang rasa sayang sangat. Sedih. Lepas ni, saya dah taknak bela apa apa, sebab rasa sedih bila terpaksa berpisah dengan diorang tu adalah sangat tak best :( kalau saya pun rasa begini, mesti suami rasa lebih sedih dari saya kan :(

Ace, we are sorry.. Bukan dah taknak jaga awak, tapi ni untuk kebaikan semua jugak. Kesian jugak kat Ace, sekarang suami saya dah jarang balik rumah.. takde sapa nak layan Ace main semua. Lebih baik serahkan dia pada orang yang boleh jaga dia lebih baik dari kami jaga, harapnya..


Tuesday, January 15, 2013

Not A Supermommy

Saya kagum sangat tengok emak saya. Emak saya kerja. Tapi masih ada masa untuk ambil tempahan buat kek atau masakan kalau ada orang nak. Masih kuat. Masih mampu nak buat. Walaupun kadang kadang saya tengok tempahan yang diambil melebihi keupayaan, tapi tak guna bising bising dengan emak sebab alasannya tak sampai hati nak hampakan pelanggan tetapnya. Kalau dah betul betul tak boleh, barula emak tak buat.

Sekarang, emak kena jaga saya berpantang.. Malam malam bila Kasih meragam taknak tidur, emak yang dodoikan Kasih. Emak suruh saya sambung tidur, melainkan Kasih lapar nak susu dan takde stok susu yang dah diperah, barulah emak kejutkan saya. Esoknya emak kena pergi pejabat juga. Bila saya sakit pening kepala ke apa, emak juga yang tolong picitkan. Saya kagum tengok kuatnya kudrat emak. Hairan dan pelik dari mana emak dapat tenaga untuk buat semua kerja.

Saya pulak, baru beberapa malam tak lena tidur sebab jaga Kasih meragam.. Dah mula bad mood, dah mula rasa stress. Dah mula rasa eh, aku ni tak ready lagi nak ada anak ke. Padahalnya siang hari bila anak tidur, saya dapat ganti semula tidur saya tu. Emak tak dapat ganti tidur emak yang terganggu malam sebelumnya, emak kena kerja kan. Saya harapkan saya akan ada kesabaran yang tinggi macam emak dalam menjaga anak. Dan saya harap saya ada tenaga yang kuat macam emak untuk uruskan anak.

Terima kasih banyak untuk emak ! Sayang emak sangat. Sekarang emak jaga saya, saya doakan emak dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan.. dan bila emak dah tak larat nanti, saya akan dapat jaga emak lebih baik dari emak jaga saya, aminnnnnnn..


Monday, January 14, 2013

Cerita Hari ke 7 dan ke 12

Assalamualaikum,

Wuu, susah rupanya nak cari masa nak online bila dah ada baby ni ye. Nak online pun payah, apatah lagi nak luangkan masa buat entri kat sini. Tapi saya cuba juga cari masa untuk tulis semua perkembangan tentang Kasih Safiyya kami. Hari hari belajar benda yang baru. Yang paling mencabar tentulah tidur malam yang tak lagi lena sekarang. Nasib baiklah family memang banyak bagi sokongan, kadang kadang bila Kasih terjaga tengah malam, adik adik ataupun emak saya yang tolong tengokkan. Bila hujung minggu pula, dah tentulah papa dia kena takeover shift :p

Tali pusat Kasih dah gugur pada hari ke 7 hari tu. Lega rasanya tali pusat dah gugur, senang sikit nak pakaikan dia pampers. Takdelah takut dia sakit ke apa. Sekarang saya pakaikan dia pampers Mamypoko newborn. Nampak serasi dan selesa. Ada try Drypers tapi macam kecik pula newborn dia peha Kasih jadi berbekas. Lain lain, try sample Pet pet dan juga Huggies yang dapat masa discharge dari Hospital Sg Buloh hari tu.

Hari ni pulak, Kasih dah botak ! Papa dia yang botakkan dia, berani betul. Lenguh pinggang mama pegangkan Kasih selama hampir 2 jam. Itupun gilir gilir dengan emak dan opah saya. Bravo papa, papa memang berani ! :)

Sebelum,



Selepas,



Awak tetap comel walaupun takde rambut, sayang ! Kepala dengan tangan dia macam ada ruam sikitlah, itu yang tempek bedak sejuk tu.. Harap harap cepatla sikit leganya. 


Wednesday, January 9, 2013

Pengalaman Itu - Part II



Balik rumah, tidur. Tapi tak boleh tidur. Rasa sakit yang semakin kuat. Saya tertidur, lepas tu terjaga dan mengaduh sakit. Suami saya tak senang duduk. Asyik ajak pergi hospital balik tapi saya cakap takpe, nanti dulu. Baru je nak terlena, terasa sakit contraction. Terjaga, mengaduh sakit, dah tak tahu nak buat apa nak kurangkan sakit. Dok bangun berjalan dalam bilik pun masih tak lega. Buat teknik pernafasan pun tak boleh jalan jugak. Cuma banyakkan baca ayat "La ila ha illa anta subhanaka inni kuntuminaz zolimin"

Dalam pukul 5 pagi macam tu kot, saya dah tak boleh tahan. Daripada terguling guling menahan sakit kat rumah, baiklah pergi hospital. Untung untung dapat epidural, bolehla kurangkan sakit :p saya dah cakap awal dengan suami, first thing sampai hospital nanti saya nak request epidural.. Siap siap nak pergi hospital semula. Kali ni saya cakap dengan suami, kita pergi Hospital Sungai Buloh je. Dekat sikit, saya dah tak tahan sangat sakit ni. Serius sakit gila contraction, sumpah tak bayangkan sakit dia macam tu sekali.. Rasa macam kulit yang ditarik tegang tegang lepas tu kena toreh. Seriau kalau ingat. Tak sangka macam tu lah rasa sakit contraction.

Sampai hospital, suami turunkan betul betul depan pintu dewan bersalin lepas tu beliau pergi cari parking. Saya masuk dalam untuk register. Dekat kaunter tu pun saya dah tak larat, letak kepala atas kaunter. Nurse tu terus ambil wheel chair, tolak masuk bilik untuk check VE (lagi ! Masa ni memang dah tak peduli dah nak seluk ke apa ke, janji nak semuanya selamat aje). Bukaan dah 5cm. Tapi sakit dia ya rabbi, makin lama makin kuat. Saya dah mengerang kesakitan tak peduli dah nurse dalam tu. Diorang try tenangkan, bila contraction datang je, saya mengerang kesakitan diorang pun cakap.. Puan, tarik nafas puan. Jangan banyak bergerak. Sakit je, tarik nafas lepas tu hembussssss. Yelah, senanglah cakap kannnnnnnnnnnn

Request epidural, rupanya kena booking doktor dulu. So tak dapat. Doktor cakap apa yang dorang boleh bagi cuma painkiller injection. Tapi, heartbeat baby kena cantik dulu. Dan saya punya bacaan tak cantik langsung sebab asyik bergerak. Tiap kali contraction datang, memang tak duduk diam saya. Kaki ni sampai nak kejang menahan sakit. Lepas tu, diorang terus salinkan baju saya.. tolak masuk labour room. Saya pun tak tahu lah bukaan dah berapa time ni. Bila dah sakit sangat, apa pun dah tak peduli.

Masuk labour room, sakit dah makin teruk. Sebenarnya dalam labour room ni saya dah tak berapa ingat apa jadi hahahah. Berapa lama dalam tu pun tak pasti. Yang saya ingat, diorang bagi saya happy gas. Asal sakit je, sedut gas tu bagai nak gila. Mabuk gas terus saya jadinya. Yang penting, gas ni merepek. Buatkan saya cakap benda benda merepek, macam orang lalok je haha. Tapi, sakit tetap rasa.. cuma dah bercampur rasa khayal kot. Saya sedar time diorang cakap, dah fully dilated ni.. Boleh panggil husband masuk. Masa tu, saya dah takde perasaan apa. Macam husband ada ke, takde ke.. tak rasa apa dah time tu. Hati memanglah nak suami ada sama kan, tapi masa tu tak fikir apa sangat dah. Fikir nak teran je. Nurse nurse ajar cara nak teran, marah marah bebelkan saya sikit sebab saya asyik menjerit.. Lepas tu teran tak habis semua. Tapi tak ambil hati pun diorang marah sebab tahu masa tu diorang cuma nak baby keluar cepat, kalau lambat nanti banyak pulak ceritanya kan.. 

Husband masuk LR, bagi support lebih kurang. Sumpah dah lupa husband cakap apa time ni ahaha. Rasanya adalah dalam 3 kali teran kot, akhirnya tepat 7.13 pagi saya berjaya melahirkan Kasih secara normal :) Lega sangat rasanya time tu. Baby dah keluar, diorang terus bawak pergi bersihkan. Dan saya masih di dalam LR menunggu dijahit. Dah tak rasa apa kena jahit time ni. Maybe sebab sakit bersalin tu dah maha sakitnya, kena jahit dekat situ dah tak rasa apa. Lagipun saya pun asyik sedut gas aje. Dan ada ubat bius. Lepas dah selesai semuanya, saya dipindahkan ke ruang pemulihan sementara nak tunggu ada katil kosong dekat wad atas. Tapi yang tak best time ni, dah la husband tak boleh teman.. Kita pulak masih lemah time ni kan, redha ajelah nak kena menguruskan baby baru lahir sorang sorang. Tapi nurse memang banyak membantu lah kat sini.

Dalam pukul 4 petang macam tu, saya dipindahkan ke wad. Malam tu tidur sorang sorang, baby Kasih pulak meragam tak mau tidur. Tskkk, saya ni dari malam sebelum tu tak dapat dapat nak tidur.. Agaknya baby baru keluar, tak biasa lagi dengan dunia luar kot sebab tu dia meragam tak mau tidur hehe. Saya rasa lah. Malam tu stress hokey hahah. Tapi apa pun, syukur Alhamdulillah semuanya dah selamat.

Btw, lepas bersalin tu kan.. sementara menunggu nak bawa ke ruang pemulihan tu.. Nurse akan bawa masuk baby untuk kita ransang breastfeeding semua. Saya nampak baby dalam baby cot tu, tak tahu nak cakap macam mana perasaan ni. Menangis bersungguh sungguh. Telefon emak, telefon ayah bagitau dah bersalin menangis lagi. Menangis bagitau dah bersalin, menangis mengadu sakit sangat hehe. Walhal mak ayah saya dah tahu dah time ni, husband awal awal lagi bila keluar ward terus call diorang :) Nampak baby lepas tu, dapat pegang baby, dapat kiss dari suami cakap terima kasih, dapat peluk cium baby selepas 39 minggu 2 hari mengandungkan, perasaan tu sangat priceless.. Berbaloi rasanya kesakitan yang dirasakan tadi..

So, macam tu lah cerita pengalaman bersalin saya. Cerita macam mana tak jadi ke Hospital Selayang. Cerita macam mana akhirnya saya menyerah diri di Hospital Sungai Buloh jugak. Overall, service di Hospital Sungai Buloh adalah okay sangat dan saya puas hati. Dari mula saya masuk LR sampai saya discharge, saya rasa semuanya ok. Syukur, Allah permudahkan urusan kami.





Alhamdulillah..


Tuesday, January 8, 2013

Pengalaman Itu - Part I

Phew~ 7 hari sudah berlalu. Dari sehari ke sehari saya cuba cari masa nak tulis entry ni, sekarang baru dapat curi masa sikit. Rasa busy betul, baru nak sesuaikan diri dengan keadaan baru kan :)

Alhamdulillah, pembukaan tahun 2013 yang sangat gembira. Menerima kehadiran buah hati pertama saya dan suami. Sekarang saya sedang berpantang di rumah emak di kampung, suami pula di KL. Jadi orang bujang sekejap lah dia tu ye, hehe tapi mesti hari hari tak lena tidur teringatkan anak kan, sayang ? Alololo, syiannnn dia tau. Takpe, setiap weekend kita jumpa k !

Oklah, sementara ada sedikit masa dan juga ingatan saya masih bagus ni.. Nak share pengalaman bersalin :D

Ceritanya macam ni,

Beberapa hari sebelum deliver baby, saya selalu sakit perut. Sakit perut memulas mulas, setiap kali lepas makan mesti ke toilet, perut macam reject makanan. Makan je, mesti ke toilet. Orang cakap dah tanda tanda kan. Tapi saya tak ambil serius sangat. Just alert ajelah, sebab memang tengah tunggu hari kan. Itupun last day tahun 2012 hari tu, saya tak larat sangat nak pergi kerja.. tapi dipaksa paksa jugak datang ke ofis. Saya gagahkan diri jugak memandangkan belum start lagi maternity leave saya waktu tu. Takpelah, walaupun sebenarnya rasa nak menangis masa bos call suruh jugak jugak datang ofis tu. Ahh, malas cakap banyak banyak hal ni buat sakit hati je.

1 Jan 2013, pembukaan tahun 2013.. Saya dan suami sakan berjalan. Dari pagi membawa sampai ke petang. Siap groceries shopping, restock barang dapur semua. Sebab saya dah start maternity leave 2hb, kononnya berkobar kobar la ni semangat nak memasak sebab tengah cuti rehat sementara menunggu hari kat rumah kan. Malam tu kebetulan, adik adik saya pun datang tidur kat rumah. Waktu sembahyang Maghrib, saya dah rasa something je. Macam ada rasa sakit yang kejap kejap datang. Saya message Ayein, tanya itu contraction ke.. Sebab yelah, tak sure kan heheh. Ayein kata maybe, lepas tu suruh kira berapa kerap sakit tu.

Saya perasan sakit tu datang dalam sejam sekali, lepas tu kejap kejap aje.. Still boleh rileks rileks tengok tv lagi, kejap kejap je menyeringai menahan sakit. Telefon emak, bagitau sakit semua tu. Emak suruh siap pergi hospital je. Tapi sebelum pergi hospital, saya sempat lagi makan aiskrim hahah sebab konon bajet bersalin malam tu, aiskrim dahla baru beli petang tu tak sempat lagi nak makan kan, so better kita makan sebelum kempunan ;p Dalam pukul 11 malam, buat rombongan ke hospital lah kami. Saya, suami dan 3 orang adik saya. Siap naik 2 kereta sebab kononnya takut kena admit nanti suami nak kena temankan saya so adik adik bolehla balik dulu. Begitulah plannya. So, bergeraklah kitorang ke Hospital Selayang. Yups, Hospital Selayang.. Korang tak salah baca :p

Sampai je, terus naik dewan bersalin tu.. Nurse suruh tukar pakai kain untuk check VE semua. Gila nervous time ni, yelah nak kena seluk. Erk, seriaunya kalau teringat. Doktor first yang buat OK je, lembut. Yang second, ya rabbi kasarnya ! Takde ciri ciri nak bersabar langsung, agaknya sebab doktor senior kot.. Tak tunggu tunggu orang bertenang dah.. Terus seluk je. Oh dua dua orang doktor perempuan ye. Nasib saya baik heheh. Tapi geram betul dengan doktor second tu, berapa kali saya bagitau dengan suami lepas tu doktor tu kasar sangat. Tapi takpelah, kita takde pilihan nak taknak kena buat jugak VE tu kan.. so redha je lah.

Masa check VE tu, bukaan baru 1cm. Diorang suruh balik dulu. Dan cakap bukaan 1cm tu biasalah, lambat lagi nak bersalin nak nak lagi kalau anak first ni. Maybe dalam masa 2 minggu macam tu. Masa tu pun tak sakit sangat, bukaan pun baru 1cm.. So, kita baliklah rumah balik. Jam pukul 1 lebih masa ni.

Balik rumah, tidur. Tapi tak boleh tidur. Rasa sakit yang semakin kuat. Saya tertidur, lepas tu terjaga dan mengaduh sakit. Suami saya tak senang duduk. Asyik ajak pergi hospital balik tapi saya cakap takpe, nanti dulu. Baru je nak terlena, terasa sakit contraction. Terjaga, mengaduh sakit, dah tak tahu nak buat apa nak kurangkan sakit. Dok bangun berjalan dalam bilik pun masih tak lega. Buat teknik pernafasan pun tak boleh jalan jugak. Cuma banyakkan baca ayat "La ila ha illa anta subhanaka inni kuntuminaz zolimin"

Bersambung di Part II, takdan nak sudahkan dalam satu entry.. Hihi..



Sunday, January 6, 2013

Welcoming..

Our baby love,






Kasih Safiyya binti Mohd Nazul Aziim :)

Alhamdulillah, she was born on 2nd January 2013 at Hospital Sungai Buloh, weight 2.78 kg. We love you Kasih !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...