Sunday, September 27, 2009

Penat gila hari neh.

Bangun awal.

Pergi Lumut.

Tapi takpe, hati senang.

Sebab keluar dengan En. Sayang <3

Hihi. Penat.

Nak sambung tidur balik.

Err~ Bila lah mood nak update nak datang neh?!









Thursday, September 24, 2009

Aktiviti Raya Pertama

Yuhuuu~

Masih sepi di sini.. Sini.. Sini.. (Uii.. Sepi gila! Macam dalam gua siap ada echo lagi.. Haha)

Takpe, takpe. Takde hal punya. Semua orang masih bercuti kan. Dunia blog masih lengang ;D

Hari raya pertama ingatkan nak duduk rumah je, takde pergi mana mana. Oh, btw menu utama kat rumah aku di pagi raya ialah soto dan bihun sup. Orang ramai datang daripada pukul 11 pagi. Sampai ke petang. Makanan memang cukup cukup. Itu yang seronok, sebab takdelah membazir kan. Senang hati tengok semuanya licin ;D

Ha, kan aku cakap raya pertama ingatkan taknak pergi mana mana kan? Pastu Kakyong datang rumah, ajak pergi beraya. Aku pun laju je la jom! Walaupun mata mengantuk dan badan letih, sebab tak cukup tidur ;D Pergi rumah kawan lama dekat Lubuk Merbau (saje sebut bagitaw je, taw korang korang bukan taw pun tempat neh.. Haha) Duduk melepak berborak dari Asar bawak ke Maghrib. Dah lama tak jumpa, sekali jumpa jadi macam banyak sangat pulak benda nak sembangnya.. Ngee ;D

Masa kat rumah kawan aku tu, makan nasi impit. Tapi Jawa style.Nasi impit dimakan bersama ayam kicap. First time jumpa neh.

Lepas Maghrib, pergi rumah Shahiza pulak. Pukul 10 malam baru balik rumah. Hee, lama tak keluar, duduk rumah saja. Sekali ada geng nak keluar.. terus lupa jalan nak balik rumah. La la la~










Wednesday, September 23, 2009

Raya Pertama

Assalamualaikum semua~ Dah ada orang ke belum neh? Ke semua sibuk cuti beraya lagi? Raya kan sebulan.. Teheehe ;p

Punyalah payah nak start enjin update blog neh ;D Nak tulis apa pun macam dah tak reti..

Korang punya baju raya warna apa tahun neh? Family aku takde tema tema neh. Semua bebas. Pagi raya aku pakai baju kaler maroon. Kes sadis baju raya aku siap pagi pukul 7 pagi di hari raya. Takde de malam tu nak try baju raya, siap iron semua ke apa.. Takpelah, itu pun nasib baik ada, ye tak?Tema ; Saya dan baju maroon saya.Adik beradik aku ramai perempuan. 5 perempuan, 1 lelaki.Gambar family yang tak cukup korum. Arip awal awal lagi dah hilang pergi beraya dengan kawan kawan dia. Jemputlah datang beraya di rumah saya ye kawan kawan. Sapa nak datang, call dulu ;D

Akhir kata ;

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI!!!











Friday, September 18, 2009

Shopping Lagi


Hui~ Ada orang lagi ke kat sini???

Blog pun banyak yang dah sunyi sepi. Yang tinggal aku ngan Cik Zaty neh je. Haha.
Masing masing melayan diri sendiri je la.

Orang lain dah sibuk kemas barang nak balik kampung beraya, yang aku neh shopping raya tak sudah sudah lagi. Haha. So, semalam aku pergi shopping raya lagi ;D
Berdua dengan Nyna je. Yeay, adik adikku udah balik. Ada geng!

Shopping sikit sikit je semalam. Beli baju sikit, hehe. Lepas tu beli brooch. Semalam jalan jalan cuci mata tengok baju kurung ready made. Ada berkenan kebaya pink, tapi apakah mahal sangat harganya, RM180. Cam tak sanggup pulak.. kalau bawah RM150 tu, boleh dipertimbangkan lagi.

So, rasanya agenda hari ini adalah pergi menyopping lagi ;D Woot! Woot!










Wednesday, September 16, 2009

Dah Nak Raya Ye?

Eh! Dah nak raya meh?
Betul ke lagi 4 hari neh? Ke 3 hari?
Err.. Belum rasa feel raya t_t.

Melainkan dekat rumah neh bersepah-sepah balang kuih raya. Ada lagi tempahan yang tak siap. Nangis t_t. Itu pun ada orang nak order lagi, nehi mommy nehi. Jangan amik order dah. Tak sangka last minute gini pun masih ada orang nak order.Check List Raya 2009!

Kuih raya orang - checked!

Kuih raya sendiri - nan ado lagi t_t

Baju raya - Tadi macik tailor telefon, bagitaw sehelai je dia sempat siapkan. Takpe, malam nak raya nanti kita pergi jalan jalan tengok baju.

Kasut raya - Baru lagi beli kasut. So, tak perlu.

Selendang - Esok baru pergi carik.

Err.. Puasa penuh ke neh sibuk sibuk sangat nak raya? t_t

Oh, yeay yeay! Malam ini Ngah dengan Nyna balik. Kerja rumah dipikul bersama kembali. Ngahahaha. Niat tak baik okay. Kalau tak, I sorang lah bangun pagi.. Basuh kain, jemur kain, cuci pinggan, angkat kain, lipat kain. Ceh, bunyi macam rajin. Tapi sebenarnya tak rajin pun. Hoho. Biasa kan kitorang adik beradik, kan ramai perempuan.. Suka bahagi bahagi kerja. Haha. Kalau dah aku jemur kain, orang lain kena pergi basuh pinggan. Apa yang pentingggggg? Ya, KERJASAMA!! (So lame.. Tsk) Hihi. Korang macam gitu tak?

Eh, bila sebut pasal adik adik nak balik neh. Tiba-tiba baru datang feel nak raya. Hahaha.

Selamat Hari Raya korang!!









Tuesday, September 15, 2009

Hari Ini Hari Selasa, Kan??

Hari neh menunjukkan perangai yang terpuji. Iaitu tidak tidur selepas sahur. Hihi. Lepas sahur, sembang sembang dengan Liya jap.. Lepas tu layan FB kejap sementara tunggu azan (Err.. bukan nak g mengaji ke apa.. Isk!) Lepas dah siap solat semua, terus mandi. Sampai En Sayang terkejut dia call, aku jawab dengan penuh bertenaga. Haha. Selalunya call pagi pagi, angkat cuma untuk cakap "Za nantok lah. Nak tidur. Bawak kereta elok elok ye. Bye.." Ngahaha. Satu pencapaian yang bagus untuk hari Selasa ini. ;D

Okaylah. Actually bangun awal sebab semalam dah tidur awal gila. Rasanya pukul 10 dah masuk tidur kot. Lagipun pagi tadi nak keluar kejap pergi pejabat pos dengan bank. Bukan pergi tukar duit raya ye korang.. I sendiri pun tak berduit, masih belum mampu nak kasik duit raya. t_t

Aku pergi pos barang tadi. Pos apa, kepada sapa, jangan tanya. Hihi. Sebenarnya dah niat dah semalam nak guna pos express je. Sekali kejadian-parcelku-dibukak-orang-pejabat-pos berlaku, terus guna Pos Laju. Kang hilang barang orang kang, naya aku. Biar mahal sikit takpelah, asalkan barang dia tu selamat sampai :)

Lepas pergi pejabat pos, pergi Maybank pulak. Nak bank in duit. Beli sesuatu di atas talian (online). Hihi. ;p La la la la lui~

Keluar pukul 10 pagi. Selesai semua urusan dalam pukul 12.15 tengah hari. Capek. Dahaga semua ada. Itu baru keluar jalan sikit. Macam mana lah orang yang kerja dia kena bergerak ke sana sini tu kan. Confirm penat.
Selekehnya saya t_t
Takpe, setakat nak pergi pejabat pos dan bank, tak perlu nak over over kan. Hihi. Nak jugak back up diri tu ;p










Monday, September 14, 2009

Bengang La Neh!

Halloooo~ :)

Camne hari Isnin korang, apsal aku neh rasa sekarang hari-hari lemau aje. Hoho. Tak best.

Tapi hari neh, received something that brighten up my day.. Woot! Woot!!

Happy tu satu hal lah.. Sebab dapat surprise parcel dan kad raya. Woot! Woot! (Again! ;p) Tapi tak sempat tengok sapa yang bagi lagi, hatiku dah panas mendidih-didih. Actually waktu posmen tu bagi pun, dah panas hati. Sebab apa?
Macam tu lah keadaan parcel masa aku terima tu! Terbukak okeh! Keji arrrrr orang pejabat pos neh. Apsal ko bukak-bukak barang aku?? Keji.. Keji! Tak amanah taw bukak-bukak barang orang.. Posmen tu kata memang gitu. Malas nak kecoh-kecoh, sebab kerja dia cuma menghantar surat je kan.. Mungkin bukan salah dia parcel tu dah terbukak. Entah sapa-sapa yang duk kat pejabat pos tu yang tak amanah sangat tu.. Ingat ada dadah ke dalam tu?Tengah dia memang dah melopong macam tu. Nampak kesan gunting tu. Tapi ada cubaan nak lekatkan balik. Dengan stapler! Tapi tepi je la ada stapler. Yang tengah-tengah melopong tu, ada kesan stapler yang dah tertanggal je.

Bengang taw :(

Grr!!

Actually neh barang Na mommy-to-be yang bagi. Thanx cayam~ Orang lain dapat kad raya, I dapat baju raya lengkap dengan selendang lagi. Hihi. Saya suka. Terima kasih cayam~ :)










Ada Petua?

Bawah mata ada dark circle t_t
Tak suka. Tapi sapa pulak yang suka kan? Hihi
Neh akibat selalu jadi kelawar malam la neh.. Err, ada pulak ke kelawar siang :|

Dah nak raya neh, takmoh la mata lebam pastu ada dark circle gini. Kang nak raya rumah mertua kang, dah terkejut beliau. Haha. Bluweks ;p

So, amik inisiatif sendiri.. Tah website mana aku bace, kata kalau letak uncang teh, dark circle boleh pudar.. Menjawablah aku tiap-tiap kali bancuh teh, jadi tukang kutip uncang tu. Hihi
Dah macam spek mata orang lama-lama je aku tengok. Hahaha

Ada petua lain? Err.. Selain dari mendapatkan kembali waktu tidur yang teratur. Hihi










Sunday, September 13, 2009

Sifat Ingin Tahu

Kadang-kadang kan..

Kita dah taw benda tu akan menyakitkan hati kita,
tapi kita tetap jugak nak amik taw kan?

Kita tetap jugak nak paksa orang yang menyampaikan cerita tu bagitaw full story..

Kita tetap nak korek cerita tu sedalam-dalamnya..

Kita yakinkan orang tu yang kita takkan apa-apa

Walaupun kita dah taw sebenarnya semua tu hanya akan menyakitkan hati kita

Kita tetap nak amik taw t_t

Haih! Tak suka la sifat ingin tahu yang tak bertempat dan hanya membuatkan saket hati je neh.. Hoho. Rasanya sifat ini juga boleh disebut sebagai pembusy body kan? Ceh, macam comel je. Haha

Contoh situasi di atas ; Kita dah taw ex bf kita curang dengan kita, lepas tu kita sibuk-sibuk jugak nak taw dengan sapa dia curang, kenapa dia curang.. and bla bla blahhh..

Contoh sahaja, tiada kena mengena. Hiks








Friday, September 11, 2009

Ayam Yang Dimakan Bersama Nasi

Lagi satu entry makanan. Hihi. Biasalah. I duk rumah je kan, so kerja adalah menguruskan hal rumah lah. Tangga je belum ada lagi. So, menu berbuka pada hari ini adalah Nasi Ayam Madu. Tak ingat masuk dapur dari pukul berapa, tapi duk gebang sana, gebang sini. Sambil tumis bawang, sempat lagi lari duk depan laptop kejap. Haha. Hasilnya, dah azan aku masih di dapur sedang membuat sambal nasi ayam. Hihi. Ayah kata,

"Hari neh chef baru masuk dapur. Tu lambat tu. Kalau chef lama (mak aku) masak, confirm udah siap neh"

Baiklah. Baiklah. t_t

Disebabkan semua orang menunggu dengan sabar nasi ayam dihidangkan dengan penuh kasih sayang di atas meja, jadi cuma sempat amik gambar ayam madu tu je.Nasi ayam tak cukup sifat. Iaitu hanya ayam sahaja yang ada di dalam gambar.Close-up.

Nak resepi nasi ayam ke?









Thursday, September 10, 2009

Kepenatan.

Petang tadi dari pukul 5 sampai pukul 7, saya tidur t_t

Bagus. Bagus. Dalam usaha nak mengurangkan berat badan neh, bawak-bawaklah tidur petang. Pasti usaha anda berjaya. t_t

Kepenatanlah hari ini. Bangun pagi agak awal dari biasa. Sebab Cik datang rumah. Membawa bersama dua orang anak gadis beliau yang sungguh lasak t_t. Aku yang suruh Cik bawak pun. Hihi. Sebab dah lama tak jumpa mereka berdua. Gadis yang berumur 4 tahun dan juga 2 tahun.
Hai kepada pembaca kakak. Nama saya Afifah. Panggil saja Pipah. ;D Ngee!

Gambar adiknya tak sempat nak tangkap. Duk berkejar ke sana sini, jenuh betul. Dua beradik neh tak reti duduk diam. Masa mereka sampai, aku sedang mandi. Diorang ketuk pintu bilik air, "Kakak.. Kakak.. Nak mandi sama" t_t Memang mandi sama lah lepas tu. Jenuh pulak nak pujuk keluar dari bilik air. Hihi.

Satu taktik yang aku guna supaya Pipah senyap tadi. Ajak beliau menonton cerita di Youtube. Tahukah aku pasang cerita apa? Histeria!! Haha. Kesian. Tutup-tutup mata guna bantal, lepas tu cakap.. "Nak tengokkkk Sin Channnnnnn"

;p

Apa-apa pun, masa yang dihabiskan bersama mereka adalah seronok :)










Kereta Kanji

Sebelum memulakan cerita, nak tanya neh.. Korang taw ke apa benda menatang kanji tu? Hihi. Kalau tak taw, meh sinun aku nak bagitaw. Kanji tu lebih kurang bubur nasi. Err, lebih kurang kot. Aku sendiri tak taw sama ke tidak. Entah-entah sama, nama je lain T_T Haha. Apakah.. Nak bagitaw orang tapi sendiri pun tidak pasti. Ngahahaha

So, tradisi kat kampung neh (eceh, tradisi katanya.. hiks), setiap kali Ramadhan.. Setiap petang akan ada kanji neh di surau. Sapa yang nak, just pergi amik je la kan..

Hari tu, pergi amik kanji kat surau.. Bawak Alya sama. Sekali dia tertumpahkan kanji di backseat. Histeria aku sebentar di tempat kejadian. T_T.
Dah tu aku tanya lah dekat dia,

"Neh sapa nak cuci neh?"

"Balik kang biarlah Adik cuci!" (tarik muncung patbelas)Hahaha.
Budak moncong patbelas. Aku saja menyakat dia aje. Balik tu mestilah aku jugak yang kena cuci kannnn..









Wednesday, September 9, 2009

Salam Ramadhan

Semalam aku telah buat aktiviti tak malu (lately neh asik tak malu je, ape kess??) iaitu google nama sendiri. Ngahahaha. Sangat takde keja!

Lepas tu, terjumpa Salam Ramadhan kat laman web berita harian. Eh Eh! Macam kenal je gadis itu.. Eh Eh! Macam nama aku je tu!! HihihiCik Kak Nur Zatil Iman!! I miss u so muchhhhh! Beliau dah pulang ke Malaysia untuk bercuti pun 2 minggu lepas kot? Tapi tak sempat nak pergi jumpa lagi T_T Dah tu, semalam terjumpa benda alah neh, terus lah texted her. Sekali Gg pun ada dengan beliau. Huwaaa! I miss both of u so muchh ):

Lepas raya jumpa eh? Ke time cuti sekolah minggu depan neh nnt eh? Err.. time is a factor lah sekarang! (Padahal duk saja kat umah je ;P) Bulan-bulan puasa neh kan.. tak berapa seronok ar nak jenjalan.. Hmm..

Korang, selamat berpuasa di hari yang ke.. Err.. Err.. Tak hengat!

Tak lama lagi dah nak raya.. Yeay!! :D

Ada sapa-sapa yang kena beraya di perantauan ke tahun neh? Hihi









Happy Birthday Lil Bro!

09.09.09.. Cantik gila tarikh neh kan?

Kalau bukan sebab bulan puasa and weekdays, mesti ramai berebut-rebut nak kahwin tarikh neh.. Hiks!

Anyway, 9 September merupakan hari kelahiran adik lelaki tunggal aku yang sorang tuh, Mat Arip! Genap berumur 13 tahun adik lelakiku itu.Arip! Happy birthday ek.. Anggaplah Oreo Cheesecake di dalam fridge itu hadiah birthday dari aku. Haha. ;p

Jangan nak degil sangat. Jangan suka malas. Jangan suka menyakat adik. Jangan suka menyakat akak. Jangan asik nak main game je okay.

Happy Birthday again! :)








Tuesday, September 8, 2009

The Recipe

Nah resepi yang korang mintak tu :D

Homemade Oreo Cheesecake


Base :

*Biskut Marie (hancurkan)
1/2 cawan marjerin

*Boleh ganti dengan crushed Oreo Original Cookies kalau suka. (buang lapisan krim dia)

Cream Cheese :

2 x 250gm cream cheese (brand : Philadelphia)
1/3 cawan gula kastor
3 sudu gula perang
2 sudu susu tepung
1 camca teh esen vanilla
1 cawan non-dairy whipping cream
Oreo Chocolate Creme cookies - roughly chopped (tak payah buang lapisan krim)

How to prepare?

Untuk base :

# Cairkan mentega. Campurkan dengan biskut yang dah dihancurkan. Tekan padat ke dalam loyang. Chill.

Untuk cream cheese :

# Putarkan bahan-bahan cream cheese (kecuali oreo cookies) sehingga gebu.
# Masukkan Oreo cookies, kaup-kaupkan bagi rata.
# Tuangkan ke atas base tadi. Chill for at least 4 hours.

---------------------------------------------------------------------------

Dah siap! Ye, betul! Sudah. Begitu saje :D Senang kan?

Untuk hiasan atas dia tu, suka hati korang lah nak buat macam mana. Kalau macam aku buat tu, aku hancurkan biskut Oreo lepas tu taburkan atas dia. Selamat mencuba. Dah jadi, bagi aku sikit eh ;p








Homemade Oreo Cheesecake

Aktiviti duduk saja kat rumah neh, rajin pulak dah nak masuk dapur. Habislah pipiku, makin kembung la dia! Gulpppp~
Korang kenal ini apa? Takpe, tak kenal takpe. Aku tak marah pun. Hihi. Ini nama dia oreo cheesecake sebelum disejukkan (chill) di dalam fridge.. Sebut betul-betul, Oreo Cheesecake. Homemade. Ye, betul.. HOMEMADE! First attempt to bake (if we can call it bake, because it is a non baked cake ;D) make oreo cheesecake. Cuba kira dalam perenggan pertama neh saja, dah berapa kali sebut oreo cheesecake (sebut lagi..)

Seperti dah disebukan di atas, this is a non baked cheesecake. We call it chill cheesecake. Paham tak bila dia kata chill itu? Hihi. Maksudnya kita cuma beat the ingredients, pour it on the base, and chill it in the fridge. Done! Yeah.. Done, 3 simple steps :D
Pemandangan oreo cheesecake dari sebuah helicopter. (Err, maksudnya pandangan dari atas. Saje buat lawak tak kelakar.)

Sumpah rupa cheesecake aku mengerikan. Sebab aku tak sabar-sabar baru letak dia 2 jam dalam fridge, dah menggelupur nak potong, texture dia belum firm sangat time tu. Tapi, pedulikan. Sumpah juga rasa dia boleh tahan. Err, tak berani nak sumpah cakap sedap sangat. Haha. Tapi, sedap lah. Tak tipu. Bulan puasa tak baik menipu owh. Kalau bulan tak puasa pun sama, tak baik jugak menipu kan.

Okay, sekarang aku sedang buat muka tak malu. Sebab walaupun taw keadaan fizikal kek yang mengerikan, masih sanggup tebalkan muka upload jugak. Syabas betehh!
Mengerikan bukan? Haha. Dah warning awal-awal kan. Jadi, korang sepatutnya tidak meletakkan high expectation pada oreo cheesecake saya yang pertama ini. Hihi. Sapatah yang meletakkan high expectation, pandai-pandai aje aku neh. Memang suka memandai-mandai. Haha. Dan bila mood tengah baik, memang suka merepek-repek serta memanjangkan ayat serta tulis benda-benda yang tak payah tulis, lepas tu paksa korang bace. Hihi. Korang still baca ke neh? Good job! Tehehee

Jom jom tengok oreo cheesecake yang sudah dipotong. Jom jom!!
Disebabkan aku vain gila dengan menda alah neh, izinkan aku letak satu pic lagi. Walaupun aku taw korang kutuk rupa kek aku tidak menggiurkan. Janji aku puas hati. Lalalalui~
Okay. Show tamat.

p/s Oreo Cheesecake sudah tinggal separuh di dalam fridge. Apakah maknanya itu? Lalalalui~









Monday, September 7, 2009

Roh rajin masuk dalam badan. Bawak kereta mak pergi cuci. Tapi cuci kat kedai jer lah kan.. Idak lah rajin bulan-bulan puasa neh nak main air ngan sabun.. :D
Yang merah tu ek. Bukan yang AFN **** tu.. Hihi

Aku suka cuci kereta kat sini. RM10, cuci luar dan dalam. Mungkin macam mahal sikit, tapi lepas tu kereta ko memang bersih lah.. Kilat-kilat gitu. Hahaha. Carwash neh yang sebelah BP tu. (Err, untuk bagitaw orang-orang Kuala Kangsar je ;p)

Nampak tu mamat yang tengah cuci kereta tu. Dah cam muka aku as a regular customer.. Hihi. Dah tu suka sangat menyembang tanya anak murid ok ke, best ke kerja cikgu n bla3.. Terpaksalah bagitaw, I dah bukan cikgu lagi ye sekarang. Hihi. Dulu masa 1st time pergi cuci kat sini, kereta aku penuh dengan set-set soalan exam. Yang aku rasa tak selesa sangat pergi kali neh sebab kawan-kawan dia duk panggil aku neh GF dia! Apakah..

Kali neh pergi, masa nak balik tu.. Dia tanya

"Puasa tak neh?"

So, aku jawablah..

"Puasalah."

"Bila nak bukak puasa sama neh?"

Haha, senyum je.









Nasi Goreng Sardin

Kronologi dari entry di bawah
Meh tengok apa yang kononnya chef neh masak.. :DBerdasarkan gambarajah di atas, mari teka apakah yang saya masak??



Okay, okay!
Tak payah main teka-teka!
Itu adalah nasi goreng in the making.. Lagipun tengok tajuk pun sudah sangat jelas kan.. Duh! ;p
Tadaaaa!! Nasi goreng sardin :D
Tolong abaikan telur dadar yang sedikit hangus tu.. Tolong eh.. Hihi

p/s Kena fikir nak masak apa untuk sahur plak T_T
I miss my mommy!!







Sunday, September 6, 2009

Statement Apa Tu...!

Hari neh berbuka puasa berdua je dengan adik lelaki aku. Nama adik lelaki aku Arip.

Parents aku dengan Adik balik kampung dekat Grik kejap, kitorang malas nak ikut :D Tehehe

Tadi Arip ketuk pintu bilik aku, lepas tu dia cakap..

"Yong, kita nak berbuka kat mana karang?"

"Kat rumah lah.."

"Tapi mak takde, mak balik kampung.."

"Ha.. Taw.. Abis tu nape?"

"Kita nak makan apa?"

"Hoi, aku masak la kanggggg.."

Lepas tu dia keluarkan statement begini..

"Boleh makan ke awak masak?"

Kurang asam kan adik aku neh.. Begitu memandang rendah pada aku. Cis! Takpe, jap lagi aku nak tengok awak boleh makan ke tidak apa aku masak.. Jaga-jaga..!! Hahaha

Err, dah pukul 5.30!! Macam dah patut masuk dapur je neh..

(Undur diri pelan-pelan masuk ke dapur... Lalala)










Saturday, September 5, 2009

Taste of Western

Dari beberapa hari lepas lagi, Adik duk cakap nak makan Chicken Chop.. So, aku sebagai kakak yang baik, cubalah untuk memenuhi permintaan Adik.. HihiPertama sekali, ayam aku tak rentung ok. Haha. Taw dah korang tu, pantang nampak macam cacat sikit, laju je tegur karang ;p

Kedua, ini bukan Chicken Chop kot. Aku pun tataw apatah nama dia, aku tukar-tukar sikit resepi dia. Kalau ikutkan, Chicken Chop kan kita kena slicekan daging ayam tu kan.. Tapi, aku malas ok. Jadi, buat je ayam seketul-seketul tu. Marinate. Lepas tu deep fried. Kentang tu pulak bakar. Lepas tu buatkan gravy dia. Bertambah-tambah Adik makan. Senang hati tengok semua orang makan bertambah termasuklah penulis ini! Haha..

Kalau nak resepi, boleh click label Chicken Chop bawah neh :)










Aku Tak Suka

Aku tak suka penipu.

Aku tak suka orang yang suka putar belit.

Aku tak suka orang yang suka jadi batu api.

Aku tak suka kawan yang kutuk kawan sendiri.

Aku tak suka kawan yang bukak aib kawan sendiri.

Aku tak suka orang yang suka menyampaikan cerita.

Aku tak suka libatkan diri dengan orang-orang yang menyakitkan hati.

Aku tak suka orang komplen pasal life aku, especially love life.

Aku tak suka orang buat assumptions pada aku.

Aku tak suka orang judge aku.

Aku tak suka orang yang aku tak rapat, tiba-tiba cakap macam kenal aku sangat.

Aku tak suka orang menilai aku.

Aku tak suka orang yang tak jaga hati kawan.

Aku tak suka amik taw hal orang.

Aku tak suka orang main serkap jarang dengan aku.

Aku tak suka libatkan diri dengan masalah.

Aku tak suka campur hal orang.

Aku tak suka bila aku banyak fikir benda yang orang cakap. (which is bad)

Aku tak suka menyesakkan fikiran aku dengan benda yang tak penting.



Korang suka?



Aku senang je, apa benda yang aku tak suka.. Aku akan hindarkan diri dari semua tu :) Kalau aku rasa dekat dengan orang tu membawa kepada benda-benda yang aku tak suka tu, so marilah kita jauhkan diri. Dekatkan diri dengan benda-benda yang membawa kepada kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup supaya korang takdelah saket jiwa nanti.. Hihi.

Yours truly,
Cik Izza.

p/s Alamak! Ini entry pukul rata je la kawan-kawan.. Random. Taknak lah ada sapa-sapa terasa yer T_T Mintak maaf awal-awal kalau entry neh ada menyinggung mana-mana pihak..









Friday, September 4, 2009

Penyakit M

aktiviti terbaru di rumah :
Buat kuih neh.. Aku tataw apa nama dia, yang penting aku suka :DTapi bukan aku yang buat, mirah yang buat..
Aku tak reti, so jadi tukang tengok je

Hihi.

p/s Jadilah update macam neh, dari tak update kan ;p










Thursday, September 3, 2009

Interview

Hye!

Aku baru balik dari Butterworth neh :)
(Ceh, buat Butterworth macam kat sebelah rumah dia je..)

Hihi, baru aku taw rupanya Butterworth tu memang dekat pun..
1 jam 15 minit je drive dari Kuala Kangsar ke Bagan Luar

Pagi tadi, pukul 10 ada interview dekat Jabatan Tenaga Kerja, Butterworth
Sampai sana dalam pukul 9.15, awal kan.. Sangap menunggu.. Huhu
Ayah temankan aku drive tadi, thanx ayah :)

Interview yang aku pergi tu under program GEMS
Sapa-sapa yang ada Degree in any field, berumur 27 tahun ke bawah serta masih bujang (yang dah kawen, aku tak sure.. sile jenguk TnC sendiri, hehe) boleh lah apply untuk join program neh..

Klik sini sapa yang berminat :)

Hihi.









Wednesday, September 2, 2009

Mission Accomplished!

Hye! Satu hari tak bukak blog.. (Tipu! Pagi tadi ada bukak kejap.. Tehehe ;p)

Penat.

Tapi puas hati :DTeka teki : Berdasarkan gambarajah di atas, apakah agaknya aktiviti penulis pada hari ini?

Ya, betul!! 10 markah untuk awak! Ya, awaklah!! Yang duk mengadap laptop tuh, dekatnya muka awak dengan skrin.. Hihi ;pMission Accomplished! ;D

Next mission : Pergi hantar baju dekat makcik tailor. Nasib baik beliau baik hati, sudah reserve tempahan untuk family kitorang :)
Muka happy. Identiti dirahsiakan. Syttt!










Sahur

Perbualan sebelum tidur.

En Sayang : awak, saya teringin nak makan maggi kari lah. Tolong kejut bangun sahur esok pagi boleh tak?

Cik Sayang (sayalah tu!) : Boleh.. Boleh. Nanti saya kejut, awak bangun ye?

Keesokan paginya, jam 5 pagi..

Kring! Kring!!

(Telefon diangkat selepas 2 kali membuat panggilan)

Cik Sayang : Awak.. Dah pukul 5 pagi. Bangun ye..

En Sayang : Aaa.. Okay, okay.


Cik Sayang : Bangun taw! Jangan sambung tidur balik pulak!


En Sayang : Ye.. Bangun lah neh.


Cik Sayang : Awak sedar ke tak neh?
(Nasib baik je tak suruh baca sifir 2, taktik kegemaran untuk tengok dia sedar ke tak.. Haha)

En Sayang : Sedar.. Nak bangun lah neh..


Cik Sayang : Okay.. Okay, bangun ye. Saya dah nak pergi makan neh. Bye!


Alih-alih, petang tadi.. Aku tanya lah, bangun ke tak.. Korang pun mesti dah agak jawapannya kan.. Haha.. Tak bangun pun! Haiya! Tu yang payah kejut by phone tu.. Nanti kalau dah kawen, susah sangat bangun, aku simbah ice je.. Ngahahaha ;D









Tuesday, September 1, 2009

Secret Recipe

Ini cerita hari tu. Hari interview tak jadi tu ;p Tapi baru nak keluarkan, terlupa.. Hihi

Sebelum pergi KL lagi hari tu, dah berjanji dengan abang neh nak berbuka sama-sama sebab dia kerja kat KLCC, dekat je dengan Menara TA tu. Pada hari kejadian, iaitu hari Jumaat yang lepas.. dapat lah jumpa abang neh selepas 2 tahun kot tak jumpa. Eh, ye ke 2 tahun? Entah, tak hengat sudah aku.. HihiAbang saya. Abang Fifie. Single. Hehe.. Motif bagitaw status? ;p

Jenuh tawaf KLCC tu duk cari tempat makan yang available. Balik-balik, semua fully booked. Haha, fadan muka. Sapa suruh dah taw nak bukak puasa kat mall, tak reserved tempat kan kan kan? ;p Bluwek!

Last choice, pergi Secret Recipe. Signature place dari dulu lagi. Hahaha

Dah nak dekat waktu berbuka neh kan. Kira takdelah kejam sangat kan kalau aku letak gambar makanan kan kan kan?Lemon tea dengan mixed fruit yogurt shake. Kemain nama. Senafas nak sebut. Haha

Gelasnya tinggi betul. Susah nak minum. Lamb stew. Favourite kat SR. Tapi makan banyak-banyak, muak deh.Mode : Good girl. Behave ok. Senyap je tunggu waktu berbuka.Mode : Good girl gone Sengal! Haha.. Bosan lambat nah waktu berbuka. Kekeke

Lepas tu, saya menjakun dengan camera filem. Antik :DJakunnya saya. Kagumnya saya. Orang tak biasa jumpa benda-benda aneh macam neh la. Jangan pelik ye korang. Haha. Kagum ahhhhhhh camera neh. Nak amik gambar, pandang dalam camera tu. Nanti dalam tu dia reflect image yang kita nak amik. Cool, cool! :D HihiModel camera. Sendiri lantik. Haha











Selamat Kembali ke Sekolah.. Hehe

Morning semua! :)
Pagi neh hujan.. Liat betul nak bangun sahur, tapi tetap bangun jugak.. Hihi

Hari neh dah mula sekolah..
Budak-budak sekolah, selamat kembali ke sekolah.. ;p
Macam mana agaknya sekolah korang? Kelas korang? Cikgu korang? Mesti korang rindu kann.. Mesti teruja nak pergi sekolah pagi neh kan.. Hahaha.. Bluwek!

Adik aku pun, hari neh nak sekolah.. semalam lah baru basuh kasut lah apa lah kan..
Kerja sekolah pun pagi neh lepas sahur baru buatSabar aje lah.
Penat aku membebel dari semalam suruh buat kerja sekolah.. Pagi neh jugak dia siapkan. Huhu
Takpe, asal belajar pandai sudah.. Hehe

Agak-agak aku time sekolah dulu macam neh ke?
Aku sendiri pun dah lupa.. Kalau sekolah rendah tu, dijamin kerja sekolah memang sentiasa siap. Tapi kalau sekolah menengah tu, nak-nak lagi masa sekolah asrama dulu, err.. Macam kerja sekolah aku tak pernah siap je.. Tehehee :D

Korang,

Hujan neh. Hehe.
Macam best je kalau tarik selimut kan kan kan?

Haish, manalah pipi tu tak makin kembung! Duh`'

Eh! Lupa lak..

Semalam bekas anak murid aku bagitaw, hari neh start trial SPM kan? So, pada calon-calon SPM yang membaca entry ini, Good Luck okeh! :)









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...